Cikgu Paksa Pelajar Lakukan Seks Jika Mahu Markah Cemerlang

Cikgu durjana. Seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah kini berdepan hukuman penjara 40 tahun selepas memaksa pelajar lelakinya untuk melakukan seks jika mereka ingin mendapatkan markah yang baik.

Yokasta M, 40, merupakan guru di sebuah sekolah di Medellin, Colombia. Dia dikatakan mengugut akan membuatkan mereka gagal peperiksaan sekiranya tidak memenuhi nafsu seksnya itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku antara Januari hingga April tahun lepas. Dia dikatakan akan menghampiri pelajar yang menjadi sasarannya iaitu mereka yang berusia antara 16 dan 17 tahun. Dia akan meminta nombor telefon mereka dengan alasan mahu membantu mereka belajar.

Yoshita kemudiannya akan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar gambar lucah termasuk gambar bogel kepada pelajar terbabit.

Dia juga dilaporkan menjemput remaja lelaki terbabit ke pangsapurinya sebelum memaksa mereka melakukan seks, atau akan berdepan dengan markah corot.

Perbuatan terkutuk itu hanya diketahui selepas seorang bapa kepada mangsanya memeriksa telefon bimbit anaknya.

Yoshita yang telah berkahwin, akan diceraikan oleh suaminya. Dia kini ditahan polis dan cerita terkutuk itu sudah tersebar di seluruh Amerika Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *