Video: “Tak Payah Bertanding, Isytihar Harta Je”, Kata Nazri Pada Mahathir

SELANGOR: Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu menjadi calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk mengisytihar hartanya kepada umum.

Menteri Kebudayaan Dan Pelancongan itu berkata, anak bekas perdana menteri itu juga perlu mengisytihar harta mereka kerana rakyat ingin tahu kekayaan “luar biasa” Tun Mahathir dan keluarganya selepas beliau tidak memimpin negara.

“Tidak perlu bertanding pilihan raya umum. Isytihar sahaja. Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini.

“Isytihar mana datang sumber kekayaan itu. Tiba-tiba sahaja Dr Mahathir pencen, anak-anak kaya dan difahamkan masing-masing mempunyai tidak kurang RM100 juta…saya dengarlah.”

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu semalam yang bersedia mengisytihar hartanya jika dipilih sebagai calon PRU14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *