Dr Mahathir Berkemungkinan Akan Tanding Dalam PRU14

Tulisan asal oleh:
Malaysia Today, 16 November 2017

(The Star) – “Kami juga menganggap diri kami ketua dari segi mendapatkan sokongan orang ramai untuk Pembangkang”

Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14, kata seorang pegawai tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Naib Presiden Pribumi, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman malah menyatakan bahawa pengerusi Pakatan Harapan itu boleh menjadi calon parlimen Langkawi atau Putrajaya.

“Saya rasa Dr Mahathir akan menawarkan dirinya sendiri sebagai calon, kerana beliau adalah pembawa obor kami.

“Berdasarkan apa yang didengari, terdapat kemungkinan besar beliau akan bertanding di Langkawi, walaupun beliau juga telah diminta untuk bertanding di Putrajaya,” katanya dalam satu temu bual.

Beliau juga tidak mengesahkan sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum, kecuali mengatakan bahawa “saya sangat aktif di Kota Baru.”

Abdul Rashid, yang merupakan ketua Pribumi bahagian Kota Baru, berkata parti itu akan bertanding secara langsung dengan Umno di Semenanjung dan mensasarkan untuk bertanding lebih daripada 38 kerusi parlimen.

“Ini adalah lebih daripada apa yang DAP menang dalam pilihan raya umum lepas. Kami tidak mempunyai pilihan, kerana kami adalah parti yang mengetuai Pakatan dari segi mendapatkan sokongan Melayu.

“Kami juga menganggap diri kami sebagai ketua dari segi mendapatkan sokongan orang ramai untuk Pembangkang,” katanya.

Abdul Rashid berkata, Pribumi akan memimpin kemaraan Pakatan di Kedah, Johor dan Perak dalam PRU14.

Beliau berkata kepimpinan parti sangat kuat di Kedah – negeri asal Dr Mahathir – dan Johor yang merupakan negeri asal presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita perlu meletakkan banyak calon di negeri-negeri ini,” katanya, menggambarkan bahawa ketiga-tiga negeri itu adalah “medan pertempuran” yang sukar.

Untuk bertanding lebih banyak kerusi negeri di negeri seperti Johor, beliau berkata Pribumi mungkin perlu berkompromi dengan mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi.

“Kami mungkin tidak akan mendapat semua yang kami pada awalnya mahukan, tetapi itu tidak mengapa kerana kami akan berkompromi,” katanya.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/dr-m-likely-to-contest-in-ge14/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *