Video: Pemilihan CEC DAP Tidak Bersih, Dakwa Bekas Ahli

PETALING JAYA – Bekas Ahli DAP, Ramesh Rao mendakwa sistem pemilihan Kongres Khas Kebangsaan bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu tidak adil dan bersih.

Ramesh juga turut mempersoalkan bagaimana pemimpin yang telah meninggal dunia tetap mendapat undian dalam pemilihan itu.

Dakwanya lagi, pemilihan CEC DAP kali ini juga tidak bersih kerana ada ahli yang tidak diberitahu mengenai pemilihan ini serta terdapat kes panganiayaan sewaktu undian.

“CEC DAP ini yang paling mahal kerana mereka mengeluarkan dana yang paling besar untuk mengekalkan kepimpinan dinasti Lim Kit Siang”.

“Kami sedang mengumpul bukti yang cukup, dalam masa terdekat kita akan bawa bukti itu ke ROS dan mahu ROS bubarkan parti DAP”, katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya siang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *