Video: Bekas Ahli DAP Lapor Polis Diugut Ketika Hadir CEC DAP

PETALING JAYA – Bekas ahli DAP, Tony Tan membuat laporan polis hari ini berikutan diugut dan hampir dilanggar ketika membuat bantahan keatas pemilihan jawatankuasa tertinggi pusat dalam Kongres Khas Parti DAP 2017 di luar perkarangan Shah Alam Convention Centre semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, seorang individu dipercayai ahli DAP dilihat memandu kenderaannya dengan laju sebelum berhenti berdekatan dengan Tony Tan yang ketika itu sedang mengadakan sidang media.

Lelaki itu juga dilihat turun daripada kenderaannya dan mendekati Tony lalu berlaku sedikit ketetangan sebelum ditenangkan beberapa yang lain di situ.

Terdahulu, beberapa individu mendekati Tony dan memarahinya dalam bahasa Mandarin hingga berlaku pertengkaran sebelum beredar ke tepi.

Bagaimanapun, kumpulan itu sekali lagi memarahi termasuk menghamburkan kata-kata kesat terhadap Tony sebaik beliau bercakap mengenai DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *