Viral! Doktor Tekan Dada 15 Ribu Kali Bantu Pesakit Bernafas, Akhirnya . .

Doktor adalah salah satu pekerjaan yang dianggap mulia. Mereka akan berjuang keras untuk menyelamatkan pesakit mereka. Hal tersebut jelas tergambar daripaa perjuangan seorang doktor yang berasal dari Guangxi, China, ini.

Tindakan ini dilakukan oleh doktor yang berkhidmat di Hospital Bandar Liuzhou dilaporkan dari Oriental Daily.

Isnin lalu mereka menerima pesakit di bilik kecemasan. Pesakit tersebut  mengalami sawan secara tiba-tiba. Akibat sawan yang dialaminya, pesakit ini akhirnya mengalami serangan jantung dan perlu segera diberikan  bantuan.

Doktor cuba menyelamatkan pesakit yang diketahui berumur 22 tahun ini. Malangnya, mereka mendapati lelaki ini tiba-tiba berhenti bernafas. Denyutnya juga tiba-tiba terhenti.

Pasukan perubatan segera cuba menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Mereka melakukan beberapa cara seperti defibrillator, CPR dan memberinya shin epinephrine.

Pesakit ini akhirnya perlahan-lahan mula bernafas lagi. Tetapi, malangnya, nadinya masih tidak stabil juga. Doktor juga berlumba dengan masa untuk menyelamatkannya. Selama 1 jam mereka cuba menjadikan keadaan pesakit stabil. Mereka tidak mahu menyerah lagi.

Para doktor terus memulihkan atau membangkitkan semula pesakit. Menurut prosedur perubatan, jika pemulihan telah berjalan 30 minit dan tidak ada kemajuan, doktor boleh berhenti melakukannya.

Tetapi Zhou Hong, ketua jabatan kecemasan, bertekad untuk menyelamatkan lelaki itu. Dia melihat sejarah kesihatan pesakit dan fikir dia masih mempunyai peluang untuk hidup.

“Jangan berhenti!” dia menggesa pasukan perubatan. Ketika itu dia terus cuba mengepam dada pesakit, tidak disangka-sangka, keajaiban berlaku.

Selepas melepasi CPR atau nafas buatan selama 2 jam dan mengepam dadanya kira-kira 15 ribu kali, usaha mereka terhasil. Akhirnya, keadaan lelaki ini mula stabil. Dia dipindahkan ke ICU untuk rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *