Video: Expo Negaraku 2017 Sasar Setengah Juta Pengunjung

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka menghadiri pameran infrastruktur terbesar Ekspo Negaraku 2017 yang bakal berlangsung mulai esok.

Hampir semua persiapan utama sudah di peringkat akhir dan hanya menunggu pameran berbentuk interaktif selama sebulan itu bermula.

Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka bermula 15 November hingga 15 Disember, menempatkan lima kubah utama memperincikan mengenai pembangunan infrastruktur terkini dan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ekspo infrastruktur terbesar itu bakal mempamerkan pembangunan terkini dan perancangan akan datang kerajaan dalam memberi kehidupan sempurna dan sejahtera bagi rakyat Malaysia.

Ujarnya lagi, kabinet telah mengarahkan supaya Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad ditutup sebulan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke tapak Ekspo Negaraku.

Pameran yang merangkumi 60 peratus keluasan Dataran Merdeka itu turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan futsal, zumba, pasar malam, KL Go Cart dan sukan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *