Suasana Mengharukan Seorang Wanita Bertemu Lelaki Yang Terima Pemindahan Wajah Bekas Suaminya

Suasana emosi berlaku ketika seorang wanita menyaksikan wajah suaminya yang telah meninggal, namun kini menjadi milik pesakit lain susulan pembedahan pemindahan wajah.

Related image

Detik-detik mengharukan ini terjadi ketika Lilly Ros bertemu dengan Andy Sandness di Mayo Clinic, Minnesota, Amerika Syarikat setahun selepas dia menerima pemindahan wajah Rudy Ross, bekas suami Lilly yang sudah meninggal.

Lilly mengakui takut ketika pertama kali bertemu dengan Andy. Bagaimanapun, apabila dia melihat matanya, Lilly berasa lega bahawa Andy bukan pendua suaminya.

Bagaimanapun, Lilly mengakui kagum ketika dia menyentuh rambut Andy.

“Rambutnya terasa seperti rambut Rudy, sangat pelik,” katanya.

Andy menjalani pemindahan untuk memperbaiki wajahya yang hancur ketika cuba membunuh diri dengan menembak mukanya.

Sebuah rakaman video memperlihatkan Lilly dan Andy berpelukan erat penuh emosi di klinik tempat lelaki itu menjalani pembedahan pemindahan selama 56 jam.

Lilly Ross sedang hamil lapan bulan ketika suaminya Calen, juga membunuh diri. Dia kemudian setuju wajah suaminya didermakan untuk pembedahan pemindahan wajah Andy.

Keduanya kemudian saling melihat album gambar dan Lilly menjelaskan keinginannya agar Andy memainkan peranan dalam kehidupan anaknya.

Image result for Andy Sandness di Mayo Clinic, Minnesota,

“Saya ingin anak saya mengenal lelaki yang memiliki wajah ayahnya. Dia kini keluarga kami,” kata Lilly.

Andy mengatakan, sejak pembedahan itu dia sudah kembali merasakan hidup normal dan sudah mulai bergaul lagi dengan orang lain.

“Tak disangka saya boleh kembali normal. Semuanya amat luar biasa. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan betapa bersyukurnya saya ketika ini,” ujar Andy.

Andy menceritakan kehidupannya dahulu yang amat terbatas setelah luka parah akibat menembak dirinya ketika dia berusia 21 tahun pada 2006.

Wajahnya yang rosak telah menghancurkan hidup dan cita-citanya untuk memiliki keluarga dan anak-anak.

“Kini saya boleh kembali menikmati kehidupan seperti dulu.” ujarnya.

Reed Sandness, ayah Andy, mengatakan, pemindahan wajah itu telah mengubah kehidupan anak lelakinya itu kerana dia seolah olah dapat peluang hidup kedua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *