Netizen Kecam Saranan Syed Saddiq Ajar Remaja Amal Seks Selamat Elak Hamil

KUALA LUMPUR – Kenyataan terbaru Syed Saddiq Abdul Rahman mengundang kontroversi di media sosial apabila Ketua Pemuda PPBM itu menyarankan supaya remaja Malaysia diajar cara mengamalkan seks selamat bagi mengelakkan hamil.

“Adalah tidak boleh dinafikan remaja-remaja sekarang makin bebas, ini tidak dapat dielakkan.

“Paling kurang kita mengajar mereka mengamalkan seks selamat dengan menghalang mereka dari mengandung,” kata Syed Saddiq dipetik dari status di laman twitternya.

Tinjauan SuaraTV di ruangan komen status tersebut mendapati rata-rata pengguna media sosial (netizen) menyelar kenyataan Syed Saddiq yang disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam.

“So boleh berzina asalkan tak mengandung.. Apa punya akal la hang ni,” kecam Mohd Nizam di ruangan komen status Syed Saddiq.

“Seks bebas ?? Lawak apakah Ketua Armada buat ?? Agama mana yang benarkan seks bebas ?? Adakah PPBM/ARMADA mengamalkan seks bebas ??,” soal Muhammad Hakim‏.

“Halang orang berzina la, bukan halang orang berzina dari lahirkan anak luar nikah.. Engkau ni dapat tawaran Oxford ke Ox*orn ni,” soal Zakuan Yusop pula.

Shadie Taib pula berkata, “Macam manalah engkau dilantik jadi Ketua Armada (Pemuda PPBM). Kau nak rosakkan akhlak bebudak muda yang lain ke? Patutnya diajar tentang akidah… dasar bengong!”

Beberapa komen netizen lain turut menyeru Syed Saddiq menyemak semula kenyataan itu.

“Mohon semak semula . Anda merupakan nama besar dan berpengaruh . “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya,” kata Muhammad Zuhaimi.

Fazigha pula menulis, “Saya sebagai orang muda kurang bersetuju dengan cadangan ini, bunyi macam menggalakkan lagi sex bebas,” ujarnya.

“Adik.. jangan galakkan.. akak bagi tau ye.. ni kira Dosa.. Dosa.. bukan jalan penyelesaian.. sebaiknya prevent.. JANGAN BERZINA.. ikut perintah AGAMA ISLAM.. OOKK.. ada fahamm,” kata Puteri UMNO Putrajaya pula. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *