Laungan Bela Nasib Melayu Hanya Umpama Tanam Tebu Di Tepi Bibir

Pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada hujung minggu lalu, hanya dua pemimpin Melayu yan tersenarai.

Mereka ialah penolong setiausaha publisiti parti itu Zairil Khir Johari yang terpilih dengan memperoleh 649 undi, manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pula dilantik sebagai anggota tambahan CEC.

Jika dilihat kepada keputusan berkenaan, ternyata suara dan agenda Melayu akan terpinggir. Begitu juga dengan nama-nama seperti Dyana Sofya Mohd Daud, Syefura Othman atau Rara, Aziz Isa dan beberapa nama lain tidak tersenarai.

Kemana mereka ini? Begitu juga dengan Zaid Ibrahim, Mejar Zaidi Ahmad dan A. Samad Said langsung tidak kelihatan.

Atas sebab itulah, Penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata laungan DAP kononnya akan membela nasib Melayu hanyalah umpama menanam tebu di tepi bibir dan sekadar untuk menarik sokongan pada pilihan raya umum.

Justeru kata Dr. Kamarul yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), bagaimana DAP mahu membela nasib melayu di luar parti jika dalam parti sendiri orang Melayu tidak boleh dibela.

“DAP juga sekadar mengekalkan satu kuota Melayu dalam kuota lantikan dengan lantikan Tengku Zulpuri walaupun boleh mengisi anggota CEC dengan lebih ramai pemimpin Melayu,” kata beliau kepada Bernama.

Lebih mengejutkan ialah bagaimana Karpal Singh yang telah telah meninggal dunia pada 17 April, 2014, memperolehi 43 undi.

Karpal Singh yang telah meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.

Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang yang kini berdepan dengan perbicaraan kes rasuah di mahkamah, mengekalkan kedudukan sebagai Setiausaha Agung. Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang berada di kedudukan tiga teratas.

Ia sekali gus menunjukkan bagaimana legasi kekeluargaan ini masih diteruskan dalam DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *