Video: GAUM Desak PAS Saman Ambiga Untuk Bersih Nama Parti

KUALA LUMPUR – NGO Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM) menggesa supaya PAS menyaman bekas Pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.

Menurut Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar, tindakan tersebut perlu diambil sekiranya benar sumber tuduhan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, yang menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat terhadap laporan mengaitkan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bagi membersihkan nama parti itu.

“Ambiga dan sekutu beliau dinasihatkan untuk bertenang dan perlu membiarkan pihak polis menyiasat menurut ruang lingkup perundangan yang sedia ada memandangkan siasatan polis bukanlah satu indeks menunjukkan seseorang itu didapati bersalah dan sudah tentu Ambiga dan sekutu beliau diyakini faham mengenainya.

“Sekiranya benar Ambiga tidak besalah dan mempunyai bukti kenapa harus takut berhadapan dengan pihak polis untuk menyiasat beliau.

“Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razal sendiri telah membuat penafian bahawa tidak ada wang yang diberikan kepada PAS seperti yang didakwa oleh Claire Brown.”

“PAS juga dinasihatkan untuk menyaman Ambiga sekiranya benar sumber tuduhan Claire Brown sebelum ini diperolehi darpada Ambiga bagi tujuan membersihkan nama baik PAS,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

GAUM sebelum ini telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sri Petaling pada awal bulan ini terhadap Ambiga berikutan kenyataan Clare Brown itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *