Video: Banjir Petanda Tuhan, BN Bakal Rampas P. Pinang – TPM

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-14 menjadi medan terbaik kepada Barisan Nasional khususnya parti gerakan untuk menawan semula hati pengundi di Pulau Pinang setelah DAP gagal menguruskan pembangunan dengan baik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ini disebabkan sikap pemimpin DAP yang mendabik dada dengan perkara yang dilakukan sehingga menyebabkan rakyat Pulau Pinang terpaksa menanggung akibatnya.

“Tidak mustahil. Perkara ini boleh berlaku.

“Tuhan telah menurunkan bala kepada mereka yang menabik dada kononnya Pulau Pinang bebas dari banjir,” kata Ahmad Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan, pada Ahad.

“Tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan, bahawa inilah waktu terbaik untuk kita ambil balik kerajaan Pulau Pinang,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *