Kerana Kasut Adidas, Rakyat Malaysia Sanggup Bertumbuk

KUALA LUMPUR – Pengeluar kasut berjenama terkenal, Adidas baru-baru ini melancarkan model ‘snekers” edisi terhad, Adidas NMD Hu Trail Pharrel Williams yang hanya dipasarkan di cawangan terpilih sahaja.

Walaupun kasut model itu berharga dalam lingkungan RM900 sepasang, ia tidak menghalang ratusan rakyat Malaysia beratur seawal jam 2 pagi di butik Adidas Original di Suria KLCC demi mendapatkan keluaran terhad tersebut.

Di sebalik keterujaan mereka itu, timbul satu kekecohan apabila seorang pemuda ditumbuk gara-gara salah faham giliran menunggu untuk membeli kasut tersebut.

Menerusi rakaman video yang viral di media sosial sejak dua hari lepas, seorang pemuda meluahkan rasa tidak puas hati kepada seorang individu lain yang dipercayai memotong gilirannya.

“Bro, tidak ada penggunaan ‘name list‘ untuk Adidas… Come on, dah dua tahun aku beratur tak pakai pun list-list ni, dari jam 2 pagi aku tunggu dekat luar,” kata pemuda berkenaan.

Teguran itu bertukar menjadi pertikaman lidah sebelum lelaki yang bertopi bertindak menumbuk muka pemuda tersebut.

Maklumat dari netizen di media sosial mendakwa pemuda yang ditumbuk berada dipihak yang benar kerana pihak butik Adidas Original tidak pernah menyediakan ‘list’ pembeli sebaliknya menetapkan konsep ‘first come first served’.

Sementara itu tinjauan di pelbagai laman Facebook, rata-rata netizen menyelar penggunaan kekerasan yang disifatkan tidak wajar hanya kerana berebutkan sepasang kasut yang berharga ratusan ringgit.

Malah ramai netizen menulis komen sinis menyindir sikap sesetengah rakyat Malaysia yang gemar mengeluh mendakwa hidup terhimpit dengan kos sara hidup tetapi sanggup pula berhabisan duit demi memenuhi kos gaya hidup.

“Betapa sengsaranya hidup rakyat Malaysia hari ini. Beli kasut pun terpaksa mempertaruhkan nyawa,” kata seorang netizen secara sinis.

“Bukti Orang Malaysia ni kaya.. pasal kasut Adidas pun boleh bertumbuk.

“Pasai tudung Fareeda harga RM200+++ beratur panjang, tudung harga RM800 sehelai beratur panjang, tiket Ed Shereen pun gaduh gaduh.. pasal kasut pun nak gaduh???

“Pasal kasut adidas limited pun sanggup bertumbuk bagai?? Ni lah yg kita panggil bingai.. Nanti jangan lupa bawak kasut tu tanam sebelah kubur tauu.. 😑 atok bagi dgn cangkul nanti,” komen Tok Adi The Justice di laman Facebooknya.

“Wow inikah yg dikatakan anak-anak Melayu hidup tersepit??? KEB*B*AN APA KA INI?,” kata Amrullah Bin Abdul Hamid. – SuaraTV

2 thoughts on “Kerana Kasut Adidas, Rakyat Malaysia Sanggup Bertumbuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *