Cucu Mahathir Mohamad Dikecam, Tidur Dengan Anjing

Sejak semalam gambar cucu pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidur bersama beberapa ekor anjing telah menjadi tular di media sosial.

Cucu beliau, Othman Mirzan telah memuatnaik gambar berkenaan dalam Instagramnya dengan kapsyen “All my bitches love me”.

Disebabkan gambar ini, Othman telah dikecam seolah-olah tiada binatang lain untuk bergambar dan Othman didakwa tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam.

Walaupun anjing adalah makhluk Allah, tetapi tidak perlulah sehingga dimuatnaik dalam media sosial.

Semalam, Utusan Malaysia telah menyiarkan mengenai kehidupan mewah yang dijalani oleh Meera Alyanna atau lebih dikenali dengan Ally apabila kesempurnaan hidupnya menjadi tumpuan ramai.

Ally adalah anak kepada Mukhriz Mahathir dan diumpamakan lahir dalam dulang emas terkenal di media sosial dengan kehidupan umpama selebriti dan sering menggayakan pakaian dan barangan berjenama.

Menurut Utusan Malaysia, Ally juga sering menjalani percutian mewah di seluruh dunia, serta bertuah kerana menjadi pemilik bot yang dinamakan sempena namanya.

Ternyata kehidupan keluarga Mahathir menjadi tumpuan apatah lagi dengan kekayaan yang dimiliki oleh mereka.

http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/mewah-bergaya-bak-selebriti-1.550549

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *