Video Budak ‘Luar Biasa’ Boleh Pusingkan Kepalanya 180 Darjah

KEBOLEHAN Muhammad Sameer berusia 14 tahun dari Karachi, Pakistan, walaupun luar biasa namun agak ‘mengerikan’ kerana boleh memutar kepalanya 180 darjah, muka dipusing dari depan ke belakang menyebabkan dia digelar burung hantu.

Menggunakan tangan untuk memusing kepalanya ke belakang, Sameer membuat persembahan bersama kumpulan tariannya, Dangerous Boys, bagi menyara keluarganya selepas bapanya sakit.

Remaja yang berharap dapat berlakon dalam filem Hollywood satu hari nanti, berkata: “Ketika kecil, saya sering melihat filem seram Hollywood dengan hantu memusing kepala untuk melihat ke belakang.

“Ia amat menarik. Sejak itu saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, boleh memusing kepala saya sepenuhnya.”

Ibunya pernah menamparnya apabila melihat dia memusingkan kepala kerana bimbang dia cedera.

“Bagaimanapun, ibu kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.,

Sameer berhenti sekolah dan menubuhkan kumpulan tarian Dangerous Boys bersama tujuh lagi remaja dan mereka membuat persembahan di seluruh Karachi.

Ibunya, Rukhsana Khan, 45, berkata bapa Sameer yang bekerja di kilang tekstil, terpaksa berhenti akibat sakit jantung

Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran antara RM24) hingga RM40 membolehkannya mendapat sehingga RM665 sebulan.

“Saya mahu menanggung keluarga, tidak mahu empat adik perempuan saya berhenti sekolah kerana masalah wang,” jelasnya. – DM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *