Video: Bantu Mangsa Banjir Tanpa Mengira Parti Politik – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan oleh Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) bagi membantu mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik mahupun kaum untuk banjir di Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban rakyat dan kerajaan amat prihatin dengan situasi yang berlaku.

“Pada kesempatan ini juga perlu diingatkan kepada masyarakat untuk bersatu dan membantu antara satu sama lain.

“Kerajaan ikhlas membantu rakyat justeru elakkan menyebar maklumat tidak tepat kerana ia akan menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Shamsul juga mengingatkan pihak pembangkang jangan memberikan komen negatif dan tidak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *