Lapan Maut, Bas Kilang Bertembung

Juru – Lapan pekerja kilang maut selepas dua bas pekerja terlibat dalam kemalangan di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara di sini, pagi ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun pada pukul 6 pagi.

Menurut Jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah van yang membawa pekerja kilang.

Gambar dari media sosial

 

Gambar-gambar dari media sosial

Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6.02 pagi sebelum tiba ke lokasi kejadian bersama 32 anggota termasuk penyelia, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi menyelamat manhsa sedang dijalankan.

“Setakat ini dipercayai lapan pekerja meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *