Tragedi Tanjung Bungah Bukti Kedegilan Kerajaan DAP Dengar Suara Rakyat – Dr Hilmi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Balik Pulau, Dr Hilmi Yahaya menyifatkan tragedi mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, adalah bukti kedegilan Kerajaan DAP dalam mendengar keluh kesah rakyat dalam hal pembangunan tanah yang tidak terkawal khususnya di kawasan bukit Pulau Pinang.

Beliau yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu berkata musibah tersebut dapat dielakkan sekiranya Kerajaan DAP mendengar bantahan rakyat yang berulang kali menyuarakan agar projek di kawasan itu dihentikan.

“ADUN DAP Tanjung Bungah sendiri membantah namun Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng tidak mempedulikannya.

“Sikap sebegini tidak menghairankan kerana Lim Guan Eng sendiri lebih suka memburukkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terdahulu dalam segala hal berbanding menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat.

“Malang bagi kita di Pulau Pinang dapat Kerajaan Negeri sebegini,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, kira-kira 15 hingga 20 orang pekerja tapak pembinaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan bangunan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *