Punca Tanah Runtuh dan Projek Bangunan 50 Tingkat Tanjung Bungah

[9:38 PM, 10/21/2017] +60 12-707 0200: Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 21 Oktober 2017

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah lama mengeluarkan garis panduan kepada semua majlis-majlis tempatan berkenaan jarak yang selamat untuk pembangunan di lereng bukit. Ini adalah persembahan slaid pada tahun 2010.

Projek hartanah baru hendaklah dibina sekurang-kurangnya 200m jauh dari bahagian bawah bukit setinggi 100m atau 100m jauh jika kerja-kerja pemulihan cerun telah dilakukan sebelum itu.

Dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, jelas bahawa bangunan 50 tingkat itu terletak betul-betul bersebelahan dengan bukit dan jaraknya tidak sampai 100m – apalagi 200m. Sebarang kerja penyelenggaraan cerun, jika ada pun, nampaknya hanya sekadar menggunakan kain tarp biru untuk menutupinya.

Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah terdapat sebuah kuari lama serta banyak pembersihan tanah yang dilakukan di atas bukit – yang akan menyebabkan air meresap ke dasar bukit dan melemahkannya.

Walau bagaimanapun, majlis-majlis tempatan hanya mendengar dan melaporkan kepada kerajaan negeri masing-masing – dalam kes ini Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.

Semua majlis tempatan akan mempunyai garis panduan jenis projek yang boleh diluluskan sebagai Rancangan Tempatan yang diwartakan untuk masing-masing.

Walau bagaimanapun, dalam kes Pulau Pinang, tiada garis panduan yang telah dilanggar – kerana mereka tidak pun mempunyai garis panduan yang sah.

Ini kerana Rancangan Tempatan Pulau Pinang tidak pernah diwartakan sejak tahun 2008 di bawah dua pelan struktur Pulau Pinang sebelum ini sejak DAP mengambil alih.

Walaupun Rancangan Tempatan Pulau Pinang telah lama diluluskan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak pernah mewartakannya dan membuatnya dapat dikuatkuasakan dan telah hanya memberikan banyak alasan.

Setiap tahun, kerajaan DAP Pulau Pinang akan berkata bahawa mereka akan segera mewartakan Rancangan Tempatan – tetapi tidak pernah melakukannya.

Ini adalah pada Tahun 2010
Draf rancangan tempatan Pulau Pinang pada peringkat akhir
http://www.thesundaily.my/node/138152

Dan ini adalah pada Tahun 2016
Rancangan Tempatan Pulau Pinang, Seberang Prai akan dimuktamadkan menjelang 2017 http://www.thesundaily.my/news/2113225

Saya tertanya-tanya sama ada ia benar-benar mengambil masa 10 tahun untuk mewartakan rancangan tempatan walaupun ia sudah lama diluluskan?

Sekiranya tiada rancangan tempatan maka jawatankuasa perancang negeri yang mana pengerusinya adalah Ketua Menteri dan EXCO negeri yang bertanggungjawab ke atas tanah, yang juga Ketua Menteri akan mempunyai kuasa budi bicara yang besar dan kata akhir mengenai semua kegunaan tanah dan perkara yang berkaitan dengan tanah.

Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang memegang kuasa kata putus
http://www.thesundaily.my/news/2089376

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *