Video: Misteri Kereta Hantu Muncul Tiba-Tiba Sebabkan Kemalangan Di Singapura

KUALA LUMPUR – Misteri kemunculan ‘kereta hantu’ secara tiba-tiba yang menyebabkan kemalangan di sebuah jalan raya di Singapura dalam video yang tular baru-baru ini telah meninggalkan tanda tanya kepada penonton.

Bukan sahaja tanda tanya, rata-rata penonton video yang mencapai jumlah tontonan 100,285 itu binggung dengan kehadiran ‘kereta hantu’ berwarna perak itu hingga mengakibatkan berlaku kemalangan.

Dalam rakamam ‘dashcam’ yang tular itu, sebuah kereta putih kelihatan sedang menunggu di persimpangan jalan dan bersedia untuk membelok ke kanan.

Semuanya seolah-olah berjalan lancar apabila kereta tersebut membelok ke kanan hingga sebuah ‘kereta hantu’ itu secara tiba-tiba muncul di tengah jalan raya.

Pemandu kereta putih itu kemudian membrek secara mengejut bagi mengelak pelanggaran tetapi tidak berjaya lalu merempuh ‘kereta hantu’ itu.

Para penonton klip video tersebut sungguh keliru dan binggung kerana tiada petunjuk keberadaan ‘kereta hantu’ itu sebelum kemalangan.

Tiada lagi butiran lanjut mengenai kemalangan itu daripada media tempatan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *