Rumah Cecah Harga AS$410 Juta

PERANCIS – Villa Les Cedres di selatan Perancis sedang mencari pemilik baru.

Menurut AFP, villa tersebut dibina hampir dua abad lalu, ia pernah dimiliki raja Belgium, Leopold II.

Villa ini seluas 1672 meter persegi, mempunyai 14 bilik tidur dan lengkap dengan perabot hiasan, lapor Mediacorp.

Kawasan tamannya pula seluas 14 hektar dan deretan pokok di laluan ke ruamh tersebut membuatkan rumah ini lebih gah lagi.

Dalamnya pula, terdapat rak-rak buku yang mengandungi 3,000 buku tentang flora dan fauna, juga portret-portret lama besar dari lantai ke siling dari kurun ke-19.

Sudah pastinya harga rumah bukan rendah.

Harga tawarannya – AS$410 juta! Atau bersamaan dengan S$557 juta bagi mata wang Singapura.

Sekiranya dapat dijual, ia akan menjadi jualan rumah paling mahal di dunia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *