Pelajar Maut Jatuh Tingkat Lima Asrama UniMAP

PADANG BESAR ― Seorang mahasiswa mati dipercayai akibat terjatuh dari tingkat lima asrama wanita Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini awal pagi tadi.

Pemuda 20-an itu ditemukan pengawal keselamatan kampus Sungai Chuchuh di bawah bangunan pada pukul 1.30 pagi, lapor Utusan Online.

Menurut laporan itu, ada pelajar terdengar dentuman sesuatu objek terjatuh.

Portal akhbar itu difahamkan pelajar sedang bercuti pertengahan semester dan sempena Deepavali, yang disambut semalam, selama seminggu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat. Tiada butiran lengkap identiti mangsa dan bagaimana ia berlaku.

April lalu, seorang mahasiswa kampus yang sama maut setelah tergelincir ketika cuba masuk ke biliknya yang terkunci melalui koridor bangunan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *