Empat Jari Tersepit Pengisar Ikan

PASIR PUTEH – Seorang pengusaha keropok cedera selepas empat jarinya tersepit pada mesin pengisar ikan di Kampung Kemudu Bongkok di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.57 petang itu, mangsa, Norhaliza Idris, 30, terpaksa dibawa ahli keluar­ganya bersama mesin pengisar itu seberat lima kilogram dengan menaiki kereta ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini untuk mengeluarkan jarinya.

Jarak dari rumah mangsa ke balai bomba itu adalah sejauh lapan kilometer.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, empat anggota diketuai Tuan Rukiman Tuan Ab. Rahman berusaha meleraikan mesin berkenaan dan berjaya mengeluarkan jari masa dalam tempoh 43 minit.

“Mangsa terpaksa dibawa ke balai bomba dengan jari masih tersepit pada mesin pengisar ikan tersebut bersama ahli keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *