Bunuh 3 Rakan Sekerja

Lelaki yang menembak enam orang dengan tiga daripadanya maut di kawasan perniagaan di Maryland dan Delaware hari ini, berjayya ditahan selepas 10 jam polis melancarkan gerakan memburunya.

Radee Labeeb Prince, 38, ditahan di Delaware selepas dikesan berjalan di bandar Glasgow, lapor Metro.

Menurut polis, lelaki itu menembak mati tiga orang dan mencederakan dua lagi di pejabat sebuah syarikat batu granite di Maryland, Advance Granite Solutions. Prince bekerja di syarikat itu sejak empat bulan lalu.

Dia kemudian melarikan diri dengan memandu sebuah kereta ke sebuah kedai menjual kereta terpakai di Wilmington, Delaware, dan menembak pemiliknya, menyebabkan mangsa cedera.

Menurut polis, semua mangsa mengenali Prince dan pemilik kedai kereta terpakai itu pernah berbalah dengannya.

Prince mempunyai rekod jenayah memecah masuh rumah dan memiliki senjata api tanpa lesen.

Menurut polis, Prince mula melepaskan tembakan pada 8.58 pagi waktu tempatan ketika datang utnuk bekerja.

Dua mangsa mati di tempat kejadian manakala mangsa ketiga mati di hospital.

Ketua Polis Delaware, Robert Tracy, berkata lelaki itu ditana pada 7.05 petang dan polis menemui pistol berkaliber .380 daripanya yang digunakan untuk menembak mangsa.

Menurutnya, polis sedang menyiasat motif Prince melakukan serangan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *