Budak Parah Digigit Anjing Garang

BATU PAHAT — Seorang kanak-kanak perempuan diterkam anjing selepas motosikal yang dinaiki bersama bapa saudaranya terbabas.

Ainin Syuhadah Syahrul Nizam, 2, parah di kepala selepas digigit anjing yang diikat bersebelahan rumah kedai, lapor Metro.

Bapa saudara mangsa dikatakan cuba mengelak lori yang sedang memunggah barang sebelum terbabas bersebelahan anjing diikat.

Orang ramai kemudian membantu melepaskan mangsa dari terus dibaham anjing di Taman Banang Height di sini, kelmarin.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail manakala kecederaan bapa saudara dan ibunya tidak serius. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *