Berniat Untuk Menghukum, Wanita Berat 150 Kilogram Duduk Atas Sepupu Hingga Maut

Seorang wanita Amerika Syarikat ditahan oleh polis kerana melakukan pembunuhan dan penganiayaan terhadap sepupunya yang berusia sembilan tahun.

Wanita itu, Veronica Green Posey ditangkap atas tuduhan membunuh Dericka Lindsay.

Seperti yang dilaporkan Fox News, pada mulanya Posey dipanggil oleh ibu bapa Dericka, iaitu Grace Joan Smith yang merupakan makciknya kerana kelakuan Dericka yang tidak  boleh dikawal lagi.

Posey telah menghukum Dericka dengan memukul menggunakan pembaris dan paip besi.

Dericka kemudian berlari menuju kerusi malas. Namun Posey masih belum selesai lalu wanita berusia 64 tahun yang beratnya 150 kilogram itu telah duduk di atas  Dericka selama 10 minit.

Meskipun Dericka mengadu dia tidak boleh bernafas namun Posey masih tetap duduk di atasnya sebelum dia bangun. Dia kemudian mendapati sepupunya itu tidak bernafas lagi.

Posey yang panik kemudian cuba melakukan bantuan pernafasan dan memanggil paramedik. Namun, Dericka disahkan meninggal.

Selain Posey, polis juga menahan pasangan Grace dan suaminya, James Edmund Smith, kerana dianggap mengabaikan anaknya.

Jabatan Florida Kanak-Kanak dan Setiausaha Keluarga, Mike Carroll, menyebut kejadian itu mengerikan.

Posey dibebaskan setelah membayar jaminan US$125,000 manakala pasangan Smith masih dalam penjara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *