Wanita Sanggup Jual Anak Lepas Bersalin Melalui Facebook

Wanita yang berasal dari Jawa Timur ini telah ditangkap oleh polis ketika baru sahaja bersalin.

Ini kerana wanita muda berusia 20 tahun itu dikatakan nekad menjual bayinya melalui perantara yang dikenalinya di Facebook “Adopsi Bayi Sihat”

Tindakan tersebut d ketahui kerana wanita itu kelihatan mencurigakan oleh ibunya. Selepas dia melahirkan bayinya, wanita itu sama sekali tidak membawa pulang bayinya.

Ketika ibunya bertanya, wanita itu cuba melarikan diri . Kerana berasa curiga ibunya segera melaporkan anaknya itu kepada polis.

Dari siasatan polis, wanita tersebut mengakui bahawa dia merancang untuk menjual bayi sejak bayi itu masih dalam kandungan.

Melalui seorang perantara, bayi malang itu, ditawarkan kepada pembeli yang berasal dari Malang dengan harga RM343,372.

Dikatakan wanita tersebut menyesali perbuatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *