Video : ‘Kolam’ Sambutan Deepavali Diperbuat Dari Kad Jadi Tular

Masyarakat India hari ini meraikan pesta cahaya, Deepavali.

Seperti kemeriahan perayaan lain, masyarakat India juga turut membuat persiapan bagi menjadikan sambutan Deepavali mereka lebih bermakna tahun demi tahun.

Selain persiapan seperti menyediakan pakaian baru, hidangan tradisional, manisan serta kuih muih turut disediakan bagi memeriahkan perayaan.

Bagi penganut Hindu, sambutan Deepavali kurang serinya kalau kediaman tidak dihiasi dengan ‘kolam’ .

Kolam atau juga dikenali sebagai Rangoli adalah satu seni hiasan pintu masuk kediaman semasa Deepavali.

Ia dihasilkan dengan pelbagai rekaan, berwarna-warni dan tanpa ada had dari segi saiz.

Kolam memberi kuasa besar dalam menyambut Deepavali.

Malah, kolam juga diumpamakan sebagai ‘tiang seri’ yang bertindak memeriahkan lagi perayaan cahaya itu.

Kali ini hiasan ‘kolam’ yang biasanya bermotifkan bunga-bungaan dibuat di atas lantai rumah dihiasi taburan bijirin seperti beras yang dimasukkan sedikit air serta diwarnakan dengan pelbagai warna menarik ini direka daripada kad.

Video ‘kolam’ kad ini mendapat perhatian netizen dan menyifatkan ia sebagai satu hasil kreatif daripada pihak yang turut meraikan perayaan deepavali ini di seluruh dunia.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *