Tragis! Anak Kucing Dibunuh Dan Dikerat Beberapa Bahagian

KUCING merupakan haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w, maka tidak hairanlah mengapa ramai yang begitu obses menjadikan mamalia comel ini sebagai haiwan peliharaan.

Sifat manja semulajadi kucing juga membuatkan pemiliknya terlalu akrab dengan haiwan peliharaan mereka itu, sehingga ada yang menganggapnya seperti anak sendiri.

Namun, bagaimana pula jika kucing kesayangan kita dicederakan atau lebih tragis, dibunuh dengan kejam?

Itulah yang dihadapi oleh seorang netizen bernama Shakila. Menerusi entrinya di Facebook, Shakila meluahkan rasa kecewa apabila kucing peliharaan abangnya, Putra Amed telah dibunuh oleh jiran mereka.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah anak kucing itu telah dikerat kepada beberapa bahagian!

“Masalah kalau ada jiran yang gila, sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak kucing kami dipotong-potong. Kalau ya pun tak suka kucing, tak perlu seksa,” tulisnya.

Menurut Shakila, perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan oleh jiran sebelah rumahnya kerana sebelum ini, jirannya itu pernah menyeksa salah seekor anak kucing miliknya.

Menurut portal The Reporter, anak kucing tersebut telah direndam dalam tong sampah yang berisi air sehingga ke pagi.

“Hari itu lagi bodoh perangai dia. Dia ambil kucing dan direndam dalam tong sampah berisi air sampai pagi. Orangnya waras, anak isteri semua waras. Tetapi masing-masing suka menyeksa,” katanya dipetik The Reporter.

Posting tersebut turut mencuri perhatian netizen, yang rata-ratanya meluahkan rasa marah dan mengecam perbuatan tersebut.

Ada juga yang meminta Shakila membuat laporan kezaliman tersebut kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Sementara itu, Putra Amed yang juga pemilik kucing berkenaan terkejut apabila mendapati bangkai anak kucing yang telah bercerai kaki dengan badannya itu ditinggalkan di hadapan pintu rumahnya.

Dalam pada itu, Shakila turut memuat naik gambar tiga ekor anak kucingnya yang lain dan memberitahu mamalia kecil itu telah dihantar ke rumah ibunya kerana risau akan keselematan mereka.

Diharapkan kes-kes seperti ini tidak berulang lagi. Sayangilah haiwan-haiwan itu kerana mereka juga makhluk Allah yang berhak hidup di dunia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *