Tangan Putus, Gadis Ini Dengan Tenang Berlari Ke Rumah Dan Memberitahu Ibunya Apa Yang Berlaku

Seorang gadis 8 tahun berlari lebih dari 0,8 km menuju ke rumahnya setelah dia mengalami kecederaan parah di lift yang mengakibatkan lengan kirinya putus.

Dilaporkan oleh Mirror, gadis yang tinggal di Kasarvadavali, India, ini bernama Archana Tale.

Dia mengalami kecelakaan itu ketika mengikuti kelas pembelajaran persendirian.

Dikatakan bahawa ketika itu kasut Archana tersepit antara lift dan lantai. Dia pun mencuba mengambil kasutnya itu. Namun malangnya, lift kemudian bergerak sehingga lengannya tertarik.

Menakjubkannya, di waktu tangannya berlaku pendarahan yang parah, Archana masih boleh berlari pulang ke rumah.

Dengan tenang dia mengetuk pintu sebelum mengatakan pada ibunya apa yang terjadi.

Ketika sedang panik, ibu Archana, Mina dan keluarganya yang lain tidak sedar bahawa Archana kehilangan tangannya.

Pakcik Archana, Navit Kharpade, berkata, “Archana ketika itu pergi ke kelas pembelajaran persendirian itu dengan semangat.

Dari apa yang dia ceritakan pada kami, kasutnya tersangkut di celah antara lift dan lantai.

Ketika dia cuba untuk ambil kasutnya itu, lift tiba-tiba bergerak dan tangan kirinya turut tertarik.

“Semangat Archana masih kuat dan dia berbual-bual dengan kami dalam perjalanan ke Hospital Hospital KEM di Parel.

Kami hanya menyedari lengannya hilang apabila doktor bertanya.

Setelah dirawat, kami diberitahu bahawa Archana harus dirujuk ke hospital yang lebih besar untuk rawatan. ”

Doktor hospital KEM Avinash Supe berkata, “Tangan kirinya menjalani rawatan amputasi dari atas siku.

Archana kini berada dalam keadaan yang stabil dan dirawat di jabatan ortopedik. ”

malangnya, lengan yang putus itu tidak boleh disambung lagi.

Terlalu banyak urat daging yang rosak.

Namun, keluarga Archana bersetuju untuk menderma lengan itu untuk digunakan oleh doktor pakar kanser.

Doktor mungkin boleh mentransplantasikan beberapa tulang untuk pesakit kansernya.

Polis A.S. Dhole berkata, “Kami bertanya pada Archana dan keluarga sama ada mereka mahu membuat aduan.

Namun mereka menolak kerana insiden itu adalah kesalahan Archana sendiri. ”

Keluarga Archana ketika ini sedang mengumpul dana untuk kos rawatan hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *