Robot Anjing Jepun Ini Gerakkan Ekornya Jika Kaki Tak Bau Busuk Dan Pengsan Bila Terlalu Busuk

Adakah kaki anda mempunyai bau yang tidak menyenangkan? Atau anda tidak suka mencium bau kaki rakan yang terlalu busuk?

Jika anda tidak berani bertanya pada rakan anda, yang kemungkinan kakinya berbau, atau ingin memeriksa sama ada kaki anda bau atau tidak, robot comel ini boleh menjawabnya.

Di Tokyo, Jepun sebuah syarikat mencipta robot anjing yang boleh memberitahu sekuat mana bau busuk kaki anda.

Kebolehan tersebut dilakukan menerusi sensor yang kuat dipasang pada bahagian hidung robot itu.

Robot yang diberi nama Hana-Chan itu akan menggerakkan ekornya sekiranya kaki anda tidak berbau busuk.

Bagaimanapun, ia akan mula menyalak apabila kaki anda berbau busuk.

Robot anjing ini akan terbaring dengan sendirinya seolah-olah pengsan sekiranya bau terlampau busuk.

Bau kaki merupakan sesuatu yang penting di Jepun kerana budaya mereka menanggalkan kasut setiap kali memasuki mana-mana rumah.

Malah, bau kaki yang busuk juga dianggap sesuatu yang memalukan di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *