Isu Mahathir Hina Bugis Dapat Perhatian Media Indonesia

Tindakan pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyinggung dan menghina masyarakat Bugis bukan sahaja mendapat menyebabkan kemarahan ramai malah media di Indonesia turut memainkan isu tersebut.

Portal Indonesia, tribunnews.com dan internasional.kontan telah menyiarkan kemarahan netizen apabila bekas Perdana Menteri itu menyebut bahawa orang Bugis adalah perompak.

Portal-portal berkenaan menyiarkan petikan laporan dari media tempatan serta gesaan ramai supaya Mahathir meminta maaf.

Ternyata ucapan Mahathir itu menyebabkan kemarahan masyarakat Bugis kerana ucapan itu sangat melampau dan rasis.

Ketika berucap pada malam himpunan Anti Kleptokrasi di Petaling Jaya, Sabtu lalu, Mahathir berkata “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Tindakannya yang mengejek masyarakat Bugis langsung tidak menunjukkan sifatnya sebagai seorang negarawan.

Disebabkan ucapan yang biadap itu, Persatuan Bugis Johor telah membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ucapan Mahathir Mohamad.

Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad, berkata kenyataan Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyrakat Bugis di Malaysia dan Nusantara, yang dianggarkan seramai enam juta orang.

Sementara 200 anggota Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) pula telah Yayasan Kepimpinan Perdana bagi mendesak beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

“Sebagai negarawan dan bekas pemimpin negara, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Soal perkauman jangan kita bangkitkan kalau mahu Malaysia terus maju, keamanan perlu kita jaga. Soal politik itu adalah ideologi masing-masing, tidak perlu kita campur adukkan. Jangan khianati keamanan ini.

“Kita minta beliau tarik balik kenyataan itu kerana ia bukan hanya membabitkan masyarakat Bugis di negara ini tetapi juga negara lain seperti di Indonesia,” kata Timbalan Presidennya, Tasman Matto.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *