Harga Petrol dan Diesel Naik Satu Sen

PETALING JAYA – Harga bahan api meningkat sedikit lebih tinggi untuk minggu terakhir Oktober dengan kenaikan satu sen bagi RON95 dan RON 97.

RON95 mengalami peningkatan kepada RM2.17 daripada RM2.16 seliter manakala RON97 pula berharga RM2.47 seliter daripada RM2.46 seliter.

Sementara itu, harga diesel turut naik satu sen daripada RM2.10 seliter sebelum ini kepada RM2.11 seliter.
Harga baharu akan berkuatkuasa bermula Khamis (19 Oktober) hingga 25 Oktober.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol serta diesel telah ditentukan berdasarkan sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *