Budak Ini Ketagih Menyusu Dengan Anjing Sejak Usia 4 Tahun

Budak ini namanya Mohit Kumar. Dia berusia 10 tahun dan berasal dari Manaitand, India. Budak ini mendapat perhatian kerana dia ketagih minum susu anjing sejak berusia empat tahun.

Keadaan ini menyebabkan dia akan enghisap susu mana-mana anjing betina yang ditemuinya termasuk anjing liar.

Ibu bapa Mohit berusaha untuk menghapuskan tabiat berkenaan tapi gagal.

“Ada satu masa tu Mohit bermain dengan anjing liar di luar rumah dan dia kemudiannya hisap puting anjing berkenaan.

“Sejak itu dia akan berbuat demikian bila berpeluang. Disebabkan keadaan itu anjing-anjing di kawasan berkenaan suka pada Mohit,” kata ibunya,Pinky.

Ibu bapanya yang bimbang dengan keadaan itu tidak membenarkan Mohit keluar rumah tanpa ditemani dan anak mereka juga tidak dibenarkan ke sekolah.

Mohit pernah dibawa mendapat rawatan di hospital dan dia kini diberikan vaksin untuk mengelakkan penyakit rabies. Namun mereka tiada cara untuk mengelakkan Mohit menghisap susu anjing disebabkan ketagihan berkenaan.

Selain itu, Mohit yang dilahirkan bisu, menyukarkan lagi usaha ibu bapanya untuk membuatkan dia faham mengenai ketagihannya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *