Anak Zoya, Lelaki Yang Maut Dibakar Hidup-hidup, Meninggal Dalam Kandungan

Ingat lagi kisah seorang lelaki yang dibakar hidup-hidup selepas dituduh mencuri di dalam masjid di Muara Bakti, Jawa Barat dekat Indonesia?

Lelaki itu, Allahyarham M. Alzahra atau Zoya ketika itu dituduh sebagai pencuri kerana membawa barangan elektronik kepunyaannya itu masuk ke dalam masjid. Tanpa usul periksa dia telah dipukul dan dibakar hingga meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Zubaidah yang ketika itu sedang mengandung tujuh bulan.

Namun baru-baru ini, khabar duka kembali melanda apabila anak dalam kandungan Siti Zubaidah telah meninggal dunia. Bayi itu dilahirkan di hospital di Cikarang namun dia gagal diselamatkan.

Siti Zubaidah melahirkan bayinya ketika usia kandungan lapan bulan.

Ternyata ketika dia masih berduka dengan kematian suaminya, wanita itu terpaksa menerima kenyataan ditinggalkan buah hati yang baru dilahirkan.

Bayi perempuan itu dinamakan Zahra Aulia dan lahir dengan berat 2.3 kg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *