Perut Wanita ‘Membengkak’ , Apa Yang Ditemui Doktor Semasa Pembedahan Amat Memeranjatkan

Ramai yang menyangka wanita ini sedang sarat mengandung apabila dia telah datang berjumpa dengan doktor berikutan saiz perutnya yang luarbiasa.

Dan sebab mengapa perutnya membesar sedemikian rupa amat memeranjatkan.

Seorang wanita dari Mexico yang berusia 24 tahun telah datang menemui seorang doktor di sebuah hospital dengan berat perutnya yang tidak normal seberat 31 kilogram.

Para doktor menjadi terpegun apabila melihat ketumbuhan yang luarbiasa di dalam perutnya. Apabila satu imbasan CT telah diambil, keputusan telah menunjukkan bahawa ia adalah sista ovari dan bukannya kehamilan.

Wanita ini yang tidak mahu namanya didedahkan telah menyedari perubahan mendadak kepada tubuh badannya dan dengan memikirkan berat badannya telah bertambah, dia telah menjalani diet yang betul.

Oleh itu, kaki , lengan dan mukanya menjadi lebih kurus, tetapi perutnya semakin membesar dan dia membuat keputusan untuk melawat dan berjumpa doktor di Hospital Besar Mexico.

Para doktor yang telah menjalankan pembedahan mengeluarkan sista ovari itu selama 5 jam. Dengan sista yang berat itu, wanita ini mengalami kegagalan untuk bernafas, kesukaran berjalan dan makan dengan selasa.

Amat mengejutkan, ketumbuhan itu telah menghimpit organ dalamannya dan semakin hampir untuk menyerang jantungnya. Selepas pembedahan yang berjaya itu, wanita ini akhirnya telah dapat berjalan seperti biasa.

 

Perutnya telah mengempis selepas 6 bulan pembedahan dijalankan.

3 thoughts on “Perut Wanita ‘Membengkak’ , Apa Yang Ditemui Doktor Semasa Pembedahan Amat Memeranjatkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *