Curi Seluar Dalam Lelaki, Promoter Wanita Dipenjara Sehari

MELAKA ― Seorang promoter wanita sebuah pasar raya di sini, dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana mencuri pakaian lelaki termasuk seluar dalam.

Roslinda Kasaruddin, 33, mengaku salah mencuri dua kotak seluar dalam lelaki, selain sehelai seluar denim lelaki, sehelai baju berkolar lengan pendek bernilai RM298.90, lapor Metro.

Perbuatan itu dilakukannya jam 10.13 malam di parkir motosikal Aeon Bandaraya Melaka, Jalan Panglima Awang di sini, pada 20 Jun 2017.

Majistret Mohd Firdaus Saleh kemudian menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *