Bellew Tinggalkan Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd, Peter Bellew, akan kembali menyertai Ryanair sebagai ketua pegawai operasi berkuat kuasa 1 Disember ini.

Ryanair dalam kenyataannya menyebut, Bellew akan bertanggungjawab bagi semua operasi penerbangan, darat dan kejuruteraan Ryanair, lapor Bh.

Beliau sebelum ini berkhidmat di syarikat penerbangan tambang rendah itu sehingga 2014 sebagai pengarah operasi penerbangan.

Bellew menggantikan Michael Hickey, yang akan menamatkan perkhidmatan hujung bulan ini selepas hampir tiga dekad bersama Ryanair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *