Wanita Maut Selepas Rempuh Tiang Ketika Bergayut Dalam Keadaan Separuh Bogel

Cari pasal…seorang pelancong asing terbunuh selepas terlanggar tiang lampu ketika bergayut di luar tingkap dalam keadaan separuh bogel.

Wanita itu, Natalia Borodin sedang bercuti di Republik Dominica dengan kawannya, Ivanna Boraichuk. Mereka berasal dari Ukraine.

Ketika sedang bersiar-siar di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh Ivanna, Natalia yang hanya memakai seluar dalam sahaja, telah mengeluarkan separuh badannya di tingkap penumpang.

Aksinya telah dirakamkan oleh Ivanna namun tanpa disangka kenderaan itu telah melalui tiang lampu di tepi jalan dan ketika itu Natalia telah merempuh tiang terbabit.

Dia dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia akibat kecederaan serius.

Akhbar Rusia, Moskovsky Komsomolets melaporkan wanita itu sedang bergembira sambil menayangkan payu daranya ketika rakannya sedang memandu kereta.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *