Ular Belalai Gajah Keluar Dari Mangkuk Tandas

ALOR SETAR – Sebuah keluarga terkejut apabila menemui seekor ular jenis belalai gajah sepanjang dua meter yang keluar dari mangkuk tandas di rumah mereka di Kampung Telaga Jambu, Kodiang dekat sini pada Jumaat lalu.

Penemuan reptilia berwarna kehitaman dan lembik yang dirakam itu menjadi tular sehingga turut disiarkan media online antarabangsa termasuk Daily Mail, lapor Kosmo.

Melihat kepada fizikal ular jenis belalai gajah yang berkepala kecil berbanding badannya, haiwan tersebut dipercayai mempunyai berat badan kira-kira 15 kilogram.

Video berdurasi 18 saat itu dimuat naik oleh Zul Hanif atau nama sebenarnya, Mohd. Zulhanif Mat Zuki 25, di laman Facebook miliknya sejak Sabtu lalu sebelum klip video tersebut kini dikongsi hampir 5,000 orang.

Zul Hanif memberitahu, ular bersifat menggelikan dan agak pelik itu dijumpai abangnya, Lutfi Asraf yang berada di dalam tandas terletak berdekatan dapur rumah ketika mencuci pakaian pada pukul 8 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *