Sarah Bengang Dituduh Potong Usus Untuk Tampil Langsing

penyanyi Siti Sarah bengang apabila dituduh memotong usus untuk tampil langsing biarpun sudah beranak tiga.

Namun, dakwaan itu disangkal isteri kepada Shuib Sepah ini dan katanya, tidak teragak-agak membuat ujian bagi membuktikan dia tidak memotong usus.

Malah, Sarah berkata dia terkena tempias ini oleh kerana ada peniaga lain yang menabur fitnah kepada produk yang diasaskannya sekarang.

“Apabila produk saya laris di pasaran, pelbagai tohmahan yang saya dapat.

“Kali ini, saya tidak boleh berdiam diri kerana berpendapat biadap sungguh orang yang memfitnah saya. Mengapa perlu saya potong usus untuk menipu orang?

“Ramai orang lain yang berjaya dengan produk ini. Jangan tipu orang. Hanya kerana awak nak jual barang awak, saya difitnah,” katanya, petik MH.

Untuk pengetahuan, Sarah kini rancak mengusahakan produk pelangsingan badan miliknya iaitu Monsta lab.

Sarah dan Shuib disatukan pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,Dzahira Talita Zahra, dan Ariq Martin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *