Dua Anggota Polis Trafik Maut Kemalangan

CHUKAI – Dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis daerah Dungun maut, selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi terbabit dalam kemalangan di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, dekat Teluk Kalung, di sini, petang ini.

Kemalangan kira-kira jam 2.25 petang tadi mengorbankan Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal I Suresh, 36, di tempat kejadian.

Ketika kejadian, dua anggota trafik itu bersama tujuh pegawai dan 18 anggota trafik lain dalam konvoi menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan menunggang jarak jauh motosikal berat.

Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata mereka menyertai latihan itu di Mersing, Johor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *