Banjir, Tanah Runtuh 37 Terbunuh Di Vietnam

HANOI – Kira-kira 37 maut manakala 40 lagi hilang dalam bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda bahagian Utara serta Tengah Vietnam.

Menurut AFP, pihak berkuasa bencana Vietnam, berikutan hujan lebat pada minggu ini, 6 wilayah terjejas dengan bencana banjir sehingga berlaku kejadian meragut nyawa, lapor RTM.

Bahagian Utara, Hoa Binch mencatatkan jumlah kematian yang tertinggi iaitu 11 maut manakala 21 lagi hilang.

Pihaknya berusaha untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa yang masih gagal ditemui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *