Amy Mastura Tak Sengaja Tampar

Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura baru-baru ini telah memohon maaf kepada semua kerana dia tidak sengaja telah menampar Danial Lawak Solo semasa rancangan TV, CCTV beberapa hari lalu.

Amy turut berkongsi rakaman video tersebut di akaun Instagramnya.

“Sapa tgk CCTV haritu? sory tau akak bukan sengaja nak pukul diorg semua diluar kawalan hehe….

“Akak juga nak ucap TQ so much dekat semua yang sentiasa sokong & undi akak + group akak (king musang) dekat super spontan superstar teruskan usaha Murni korang yerr #amfcselamanyapower #amfc #amfcselamanyaspontan,” tulis Amy di ruangan kapsyen video tersebut, petik MH.

Rata-rata peminat Amy tidak marah dengan tindakannya malah merasakan tindakan Amy itu mencuit hati mereka kerana sudah sedia maklum dengan latahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *