Netizen Kecam Joy, Hafiz Isu Hubungan Kelamin

Belum lagi selesai kes perkahwinan antara Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa di mahkamah, timbul pula isu hubungan kelamin mereka yang digembar-gemburkan di media sosial.

Ekoran daripada itu, netizen mengecam tindakan mereka yang dikatakan terlalu terbuka mengenai hubungan intimasi mereka ketika melayari bahtera perkahwinan.

Hafiz dalam kenyataannya di twitter menafikan dakwaan bahawa dia  melakukan hubungan intim dengan isterinya. Manakala Joy pula telah bersumpah bahawa mereka telah `bersama’.

Rata-rata daripada netizen mengkritik tindakan mereka dan menganggap situasi tersebut tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka.

“Kan video dia ngaku sibuk cakap dah bersama..ni la kesannya bila tak jaga aib diri,” tulis Wanie Winie.

“Dia sendiri tak jaga nama baik dia, moga adalah lelaki lain akan kahwini dia, sbb kalau saya lelaki takut untuk saya pilih perempuan ,macamm ni, cerita bilik tidur semua keluar,” ujar Nor Ann.

“Bagi aku la pada pandangan aku..sesetegah orang hanya matang dalam segi hukum hakam dan percakapan tapi dalam segi rumahtangga dan membahagiakn rumah tangga die tak de pengalaman dan kurang pengetahuan..setengah orang pandai dari segi percakapan tapi tak pandai dari segi perbuatan dan perlaksanaan..wallahualam,” kata Apiz Hakimi.

Komen-komen netizen ini dimuat naik di dalam page Rotikaya setelah perkongsian berita berkenaan hubungan kelamin mereka dimuatnaik.

Kesimpulannya, eloklah hal dalam kain ini tidak dibincangkan secara terbuka. Selesaikan secara baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *