58 Pengunjung, Pekerja Sauna Gay Ditahan

JAKARTA – Polis Indonesia menahan 58 lelaki, termasuk beberapa warga asing dalam serbuan di sebuah sauna gay, kata pegawai hari ini.

Menurut AFP, Ia serbuan terbaru pihak berkuasa bagi menangani aktiviti itu di negara majoriti Islam itu.

Pada Jumaat lalu, polis menyerbu sebuah bangunan di sini, yang menempatkan sauna dan gimnasium selepas mereka menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia digunakan sebagai tempat pelacuran, lapor BH.

“Kami menahan 51 pengunjung dan tujuh pekerja kerana didakwa menyediakan perkhidmatan pornografi,” kata jurucakap Polis Jakarta, Argo Yuwono dalam satu kenyataan.

Enam warga asing antara yang ditahan, termasuk empat lelaki dari China dan masing-masing seorang dari Thailand serta Belanda.

Argo berkata, enam daripada mereka yang ditahan akan didakwa mengikut undang-undang antipornografi Indonesia yang mengenakan hukuman penjara setahun, jika sabit kesalahan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *