Video: Siapa Mahu Bersihkan Arak Ini? Tanya Pengawal SUK

SELANGOR – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos memecahkan lebih 100 botol beer di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Tindakannya itu dikecam oleh para pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan itu.

“Siapa mahu bersihkan semua (arak-arak) ini? Dia kena bersihkan semua ini sebab dia dah buat macam ini”, kata seorang pengawal keselamatan di sana.

Tindakan tersebut dilakukan oleh Jamal selepas beliau hadir di kompleks pentadbiran kerajaan Selangor itu kira-kira jam 10 pagi ini bersama para penyokongnya sambil membawa beberapa peti minuman keras itu. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *