Video: Wan Azizah Gesa Bank Negara Guna Kuasa Untuk Berlaku Adil Kepada Rakyat

PETALING JAYA – Pakatan Harapan hari ini menggesa agar Bank Negara Malaysia melaksanakan kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya di bawah Akta Kewangan agar dapat berlaku adil kepada rakyat.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau terkejut kerana Bank Negara masih tidak menggunakan kuasa yang telah diberikan ke atas mereka.

“Saya terkejut degan jumlah penalti yang dikenakan iaitu RM115.8 juta dan saya ingin menarik perhatian rakyat dengan Bank Negara Malaysia belum menggunakan sepenuhnya kuasa yang diperuntukkan di bawah akta kewangan 2013 untuk berlaku adil kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media di Pejabat Parti Keadilan, tadi.

Justeru itu, beliau merasakan bahawa wajar Bank Negara menggunakan kuasanya seperti yang telah dinyatakan dalam Aka Perkhidmatan, Kewangan 2013 khususnya terhadap 1MDB.

Namun sekiranya penguatkuasaan ini berlaku, beliau mendakwa bahawa rakyat yang akan menerima kesannya.

“Sebab itu saya berpendapat adalah wajar Bank Negara Malaysia menggunakan sepenuhnya kuasa di bawah akta perkhidmatan, kewangan 2013 seperti berikut, bahagian 155 penguatkuasaan dan denda fasal 234(3)(b) yang memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia mengenakan denda sebanyak RM5 juta atau tidak lebih 3 kali jumlah wang yang terlibat dalam setiap kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB.

“Kedua, Bahagian penguatkuasaan dan denda juga fasal 234(5) yang memberi kuasa kepada Bank Negara mengenakan denda atau apa-apa hukuman yang diperuntukkan di bawah akta ini ke atas pengarah, pengurusan kanan dan mana-mana orang perseorangan yang menjawab ke atas pengurusan 1MDB.

“Malangnya tindakan yang dikenakan ke atas 1MDB sebenarnya samalah seperti mendenda rakyat Malaysia kerana segala tanggungan hutang dan denda ke atas 1MDB ini ditanggung oleh rakyat Malaysia,”ujarnya.

Ekoran dari pada itu, satu laporan polis akan dibuat ke atas ahli jawatankuasa tertinggi 1MDB bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Saya akan membuat satu laporan polis minggu hadapan untuk membolehkan Bank Negara menyiasat Datuk Seri Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB, dahulu dan sekarang serta pengurusan kanan 1MDB dahulu dan sekarang di bawah fasal 234(5),”katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *