Putus Telinga, Wadar Penjara Digigit Banduan

BENTONG — Seorang wadar penjara putus telinga selepas digigit seorang warga Liberia ketika proses pengasingan banduan.

Cuping kiri Koperal Mohd Zamri Razali, 37, putus lima sentimeter dalam pergelutan dengan Nbies Weah Azike, 46, di Kompleks Penjara Bentong, laporKosmo!

Ketua polis daerah Bentong berkata banduan itu turut menumbuk mangsa ketika bergelut dengan tiga lagi staf penjara jam 2.05 petang semalam.

“Banduan tersebut bertindak menyerang dengan menumbuk pada bahagian muka menyebabkan mangsa jatuh tertiarap ke lantai,” kata Supt Mohamad Mansor Mohamad.

Beliau berkata banduan tersebut menghempap belakang badan mangsa, kemudian menggigit telinga kiri Mohd Zamri.

Mohd Zamri kemudian dibawa ke Hospital Temerloh dekat sini manakala banduan itu ditahan di bilik pengasingan di blok lain.

Banduan itu dipenjara sejak tahun lalu atas kesalahan mengedar dadah dan dijatuhi hukuman mati mengikuti Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

One thought on “Putus Telinga, Wadar Penjara Digigit Banduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *