Sambil Berlakon, Raja Ilya Mahu Tuntut Ilmu Di LA

KUALA LUMPUR: Pelakon, Raja Ilya mengakui pemergian ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, tahun depan, turut membawa misi menimba ilmu seni bagi memantapkan lakonannya.

Katanya, kesempatan bekerja di gelanggang perfileman dunia menawarkan pelbagai peluang yang perlu direbut dalam memantapkan diri sebagai aktres serba boleh.

Begitupun pelakon yang mendapat tawaran membintangi filem Marvel di Hollywood itu, kursus jangka pendek yang mahu diikuti nanti masih bergantung kepada faktor masa.

“Sebenarnya saya sendiri belum dapat menentukan tempoh berada di sana. Buat masa ini, urusan dokumentasi dalam proses akhir, begitu juga keperluan sampingan lain.

“Saya mempunyai masa tidak sampai empat bulan saja lagi. Apa pun, jika ada peluang siapa yang tidak mahu ambil kursus lakonan jangka pendek di Hollywood sebab banyak bidang akademik bagus di situ,” katanya.

Terdahulu, pelakon yang bakal tampil dalam filem arahan Dr Mahadi J Murat, Luqman, pada 28 September ini mendapat tawaran daripada produksi luar membintangi filem Marvel.

Namun, dia enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung projek berkenaan, termasuk tempoh bekerja mahu pun perincian kerana terikat dengan kontrak.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *